English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
5:37 PM | Posted in

USAH biarkan komputer lama anda menjadi alat pengumpul habuk sekiranya ia masih boleh dihidupkan.

IA mungkin tidak berdaya untuk menggunakan sistem operasi Microsoft Vista mahupun Windows XP, tetapi komputer lama yang pernah berjasa kepada anda untuk beberapa tahun yang lalu mungkin masih boleh memberikan khidmatnya lagi.

Usah biarkan komputer lama anda menjadi alat pengumpul habuk sekiranya ia masih boleh dihidupkan. Perkara-perkara berikut mungkin boleh dipraktikkan bagi memanfaatkan komputer lama anda.

Sistem Operasi Linux

Jika ditanya pada pakar komputer, gunakan Linux merupakan salah satu jawapan popular yang diberikan apabila ditanya apakah yang boleh dibuat pada komputer lama. Linux merupakan satu alternatif kepada sistem operasi Windows.

Sistem operasi yang menggunakan konsep sumber terbuka ini boleh didapati secara percuma dari laman web www.linuxlinks.com/distributions. Apa yang menariknya, Linux turut membolehkan komputer yang berspesifikasi rendah untuk menggunakannya.

Untuk komputer yang mempunyai RAM bersaiz kecil, pengguna boleh memilih untuk menggunakan kod arahan, tanpa mengaktifkan antara muka pengguna bergrafik atau GUI. Ini akan mengelakkan operasi yang tersekat-sekat lantaran spesifikasi yang rendah.

Sekiranya komputer tersebut agak berusia, seperti Pentium II atau yang generasi sebelumnya, pengguna juga boleh memilih untuk menggunakan distribusi seperti DSL atau Damn Small Linux, yang boleh digunakan pada komputer yang menggunakan teknologi lama.

Bagi komputer baru, kita boleh memilih untuk menggunakan distribusi seperti Ubuntu dan Knoppix yang sesuai untuk mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan sistem operasi ini. Distribusi yang mempunyai ciri mudah dan mesra pengguna tanpa melupakan fungsi-fungsi penting pada Linux merupakan keseimbangan yang perlu ada bagi menarik lebih ramai pengguna sistem operasi sumber terbuka ini. - petikan dari [ittutor.net] senyumkenyit

En.Lanun Sign
Category:
��
1:35 PM | Posted in
Saya mengambil pendekatan untuk memasang Ubuntu Jaunty Jackalope ini melalui online upgrading. Setelah beberapa kali mendownload ISO sekurang-kurangnya 3 server yang berbeza, burn image melalui 3 pc yang berbeza...namun masih keluar error.

1. Saya cuba melakukan upgrading secara offline dengan memuatturun altenate iso...tiba-tiba terasa terasa ingin mencuba secara online.

2. Memasang Ubuntu 8.10 yang baru, kemudian upgrade kepada 9.04



ps: Saya melakukan proses ini kira-kira jam 1.30 pagi....apabila bangkit dari tidur jam 6.30 pagi...ianya telah selesai.

Inilah dia Jaunty Jackalope
Screenshot pertama desktop saya.
��
2:35 PM | Posted in

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

serta salam perpaduan.

update: 1.35pg
Saya telah selesai download ISO Ubuntu 9.04, namun apabila diburn..ianya masih berulang masalah yang sama...maybe cd burner saya rosak kot?:anoto:

-----------------------------------------------------------------------------

Hari ini saya mempunyai masa terluang dan....apalagi kalau tidak cuba memasang Ubuntu 9.04 yang baharu (saya siap download isonya bebrapa hari yang lepas. Setelah di"burn" pada sekeping CD saya "run"kannya. Hasilnya " I/O cd boot error". Emmm

Apalagi kalau tidak "burn" sekali lagi pada cd yang lain. Hasilnya sama.

Dan....Apalagi kalau tidak "burn" sekali lagi pada cd yang lain. Hasilnya tetap sama.

Setelah 3 kali mencuba,kini...Apalagi kalau tidak memuatturun ISO yang baharu...mungkin failnya "corrupt" kot?
En.Lanun Sign
Category:
��
6:12 PM | Posted in
Pilihlah salah satu yang berkenan klik pada "Grab this Headline Animator" dan tampalkan pada blog anda.
Kemudian maklumkan pada saya pada ruangan komen pada artikel ini...saya akan buatkan satu "pertukaran link" blog anda berbentuk imej untuk ditampalkan di blog myDubuntu ini.

[ubuntu@myDungun] myDubuntu

↑ Grab this Headline Animator


[ubuntu@myDungun] myDubuntu

↑ Grab this Headline Animator

myDubuntu

↑ Grab this Headline Animator


Category:
��
12:57 AM | Posted in

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah lama saya tidak update blog ini....ianya kerana 2 perkara:
  1. Saya kini sudah tiada laptop yang selalu digunakan untuk dibuat ujikaji..hehe.
  2. PC dirumah model lama...sudah uzur (Intel Celeron) tahun 2000.

Sekarang baru dapat pc yang agak berkuasa skit...Boleh la.

Sekarang ini blog ini dalam proses membuat perubahan pada TEMA. Saya cuba ubahsuai sendiri supaya bersesuaian dengan Ubuntu. Emmm...jadi ke tak ni? Lantak la
Huh!
Category:
��